Percaya atau tidak, sebenarnya kucing juga mengalami kemurungan atau depresi. Kajian menunjukkan kemurungan pada kucing pertama kalinya dikenalpasti pada tahun 1990an. Sebab-sebab kemurungan pada kucing antaranya ialah masalah kesihatan atau jika berlaku sesuatu yang di luar dari kebiasaan hidupnya seharian seperti mengubah perabot, berpindah, kehilangan keluarganya atau orang2 yang rapat dengannya.
Berikut ialah checklist atau tanda2 kucing kemurungan:
- Tidak aktif seperti selalu, kurang bertenaga atau tidur sepanjang masa.
- Mula bersembunyi seperti di bawah katil, disudut bilik dan mengelakkan diri dari berkomunikasi dengan anda;
- Kurang berminat dengan makanan hariannya atau gagal menghabiskan makanan di dalam pinggannya seperti selalu
- Kurang atau berhenti membersihkan dirinya
- Mula kencing (spraying) atau tidak lagi menggunakan litter box dengan sempurna
- Agresif, menunjukkan karekter luar biasa seperti menggigit, mencakar dan berkelakuan seperti hissing.
- Kerap mengiau dengan suara yang tinggi atau luar biasa apabila sesuatu yang rapat dengannya hilang, tiada atau mati seperti kucing atau anjing yg lain dan orang (seperti adik beradik, ibu bapa kita). Kerap meronda keliling rumah seolah-olah mencari sesuatu yg hilang.
Bagaimana mengatasinya?
Kucing yang murung sering akan menjadi lemah dan perlu diberi perhatian supaya tidak menjurus kepada penyakit lain seperti demam dan dehydrate (kekurangan air dalam badan).
- Periksa rumah anda dan ingatkan kembali atau perhatikan jika berlaku sebarang perubahan dalam hidup si Comel seperti menukar pasir kucing dan makanannya kepada yang baru. Buat sementara waktu tukarkan makanan dan pasirnya kepada jenama yang lama. (Oleh sebab itu DC sering mengingatkan kepada pembeli pasir dan makanan kucing yang DC jual, supaya lakukan perubahan secara perlahan-lahan (bukan mendadak) dengan mencampurkan pasir atau makanan yg lama kepada pasir atau makanan yang baru sedikit demi sedikit sehingga si Comel berasa selesa dengan perubahan tersebut. Lakukan walaupun ia mengambil masa seminggu)
- Pantau diri kita bagaimana kita berkomunikasi dengan si Comel kebelakangan ini. Mungkin kita ada masalah peribadi dan tanpa sedar kita sering mengherdik dan bercakap kasar dengan si Comel. Cuba berubah kepada keadaan yang lebih ceria apabila kita bersama si Comel.
- Paling penting, bermain lah dengan si Comel. Luangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk berinteraksi dengannya. Permainan yg mudah ialah dengan menggunakan teaser. Buat si Comel melompat ke sana ke mari dari masa ke semasa supaya dia tidak bosan.
- Berusahalah membelai, mendakap atau menyikat si Comel dengan kerap. Ini memberikan keyakinan dan perlindungan untuk membuat si Comel berasa selamat dan disayangi.
- Hubungkan si Comel dengan keadaan di luar rumah atau bilik. Buka tingkap (pastikan tingkap kita berjaring) dan biarkan si Comel menyaksikan pemandangan di luar. Biar dia dengar apa yg ada di luar seperti kicauan burung, bunyi cengkerik dan desiran daun dan rumput. Atau bawa si Comel ke taman menggunakan pet carrier atau leash.
Bersiar-siar |
- Pertimbangkan untuk mendapatkan seekor lagi kucing. Kesunyian mungkin menyebabkan si Comel kemurungan. Dengan adanya rakan untuk bermain boleh menghilangkan kesunyian dan si Comel kembali ceria.
A friend for kitty |
Kunjungi vet anda dan dapatkan pandangannya. Sekiranya perlu, vet akan lakukan pemeriksaan dan ujian darah si Comel untuk mengenalpasti peringkat kemurungan ataupun sakit yang mungkin dialaminya.
Diharap dengan entry ini sama2 kita mampu memberi lebih perhatian bukan sahaja pada fizikal kucing sahaja tetapi juga emosinya. Terima kasih kepada mereka yang bertanya mengenai masalah kemurungan ini. Tanpa anda kita mungkin mengambil sikap mudah atau alpa dan tidak dapat berkongsi informasi berguna seperti ini. :)
Rujukan:
http://www.ehow.com/how_2100941_treat-cat-depression.html
http://www.pets.ca/cats/tips/tip-83-can-my-cat-get-depressed-depressed-cat-cat-depression/
http://www.readersdigest.ca/pets/health/4-ways-cheer-depressed-cat
http://www.vetinfo.com/treatment-depress-cat.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar