Selasa, 27 September 2011

Bagaimana Nak Hentikan Kucing dari 'Spraying'





DC terpanggil untuk menjawap soalan dari sahabat di FB.  Berikut ialah beberapa fakta dan penerangan yang didapati dari beberapa laman web di internet yang kita boleh kongsi bersama.







Perbuatan spraying (kencing memancut) merupakan tanda semulajadi kucing jantan untuk berkomunikasi dan menanda kawasan.  Ianya juga membayangkan tanda stres pada haiwan tersebut.  Untuk kita menghentikan mereka dari spraying, kita perlu faham kenapa mereka spray dan bertindak sedemikian rupa.




Adakah kucing jantan sahaja yang spraying?





Tidak, samada kucing jantan atau betina, mandul atau pun tidak, mereka sebenarnya boleh spraying.  Bagaimanapun, perbuatan menanda kawasan merupakan perkara paling biasa dilakukan oleh kucing jantan yang tidak dimandulkan.  Tidak mustahil kucing betina untuk spray sekiranya dia berada dalam keadaan ingin mengawan dengan meninggalkan bau untuk memikat kucing jantan.




KEMBIRI



Beribu haiwan kesayangan kita di'tidurkan' setiap hari di pusat perlindungan

kerana kesempitan ruang dan kekurangan makanan :(




Memandulkan atau kembiri merupakan jalan penyelesaian yang paling baik.  Dengan memandulkan kucing jantan seawal usia 6 bulan (berat hendaklah melebihi 1.5kg) boleh menghentikan perbuatan spraying kerana menanda kawasan atau untuk memberitahu kucing2 lain bahawa dia bersedia untuk mengawan.  Sekiranya kucing jantan spray kerana sebab2 lain, memandulkannya tidak akan menyelesaikan masalah.


Memandulkan pada kucing yang telah dewasa, satu kajian menunjukkan:



87%  kucing berhenti spray selepas dimandulkan

78%  berhenti spray serta merta selepas pembedahan

9%    berhenti spray selepas beberapa bulan dimandulkan

13%  masih spraying





PHEROMONE DIFFUSER/SPRAY






Jenama polular Feliway 


Kucing jantan yang ingin menanda kawasan terlebih dahulu menggesel badan, kepala dan muka di tempat yang dirasakan selesa dan selamat dan seterusnya mengeluarkan bau pheromone pada kawasan atau objek tersebut. Alat diffuser ini merupakan versi palsu pheromone yang akan menyebarkan bau seakan sama dengan bau kencing kucing apabila dipasang (pada kucing) dan dengan demikian kucing jantan merasakan tempat tersebut selamat dan selesa lalu tidak perlu untuknya mengeluarkan bau yg sama.. Letakkan diffuser di tempat2 yang kerap kucing jantan dijangka suka spray.




CUKA








Gambar ikhsan dari  e-marketkhas.com




Alternatif lain yang lebih konvensional ialah meletakkan cuka di tempat2 yang berkemungkinan menjadi kesukaan kucing spraying.  Cuka mempunyai bau yang kuat yang tidak disukai oleh kucing.  Walau bagaimanapun, renjisan atau spray cuka yang dicampurkan dengan air boleh menjauhkan kucing hanya dalam jangka waktu yang singkat sahaja.




BELAI KUCING ANDA





Sekiranya kucing spray kerana faktor stres, kita harus tangani masalah stres tersebut.  Kucing merupakan makhluk yang sensitif dan boleh mendapat stres atas berbagai sebab seperti perubahan perabot, dekorasi bilik dan hadirnya kucing baru di rumah atau di kawasan kejiranan.  Berikan perhatian dan keselesaan dengan membelai kucing jantan anda sehingga dia selesa dengan situasi baru. Belai dan yakinkan kucing tersebut bahawa dia masih penting di hati kita!




UBAT STRES





Sekiranya dengan membelai tidak membantu menyelesaikan masalah stres kucing, dapatkan bantuan rawatan dari vet.  Ubat seperti Valium dan Clomicalm sering digunakan untuk mententeramkan kucing dan membantu kucing dari spraying.  Bagaimanapun, ubat-ubatan ini sebenarnya berguna untuk anjing dan penggunaan pada kucing memerlukan perhatian yang lebih.  Ia juga mempunyai sedikit kesan sampingan dan kucing anda mungkin hilang personalitinya seperti tidak mudah jinak dan tidak aktif seperti dahulu.




TUKAR PASIR LAMA







Kucing juga boleh spray hanya kerana kita menukar jenis pasir buangannya (cat litter) mahupun lokasi kotak pasirnya (litter box) berubah kedudukan.  Kucing menunjukkan tanda tidak setuju dengan spray di tempat lain.  Tukar lah semula ke jenis pasir yang lama atau kekalkan kedudukan kotak pasirnya dan kucing anda secara amnya akan menghentikan perbuatan spraying.




DAPATKAN RAWATAN





Antara kemungkinan kucing spraying ialah disebabkan jangkitan saluran pundi kencing ataupun cysts.  Sekiranya ini yang berlaku, dia mungkin sukar kencing di dalam kotak pasir dan cuba mengelak dari menggunakannya.  Berjumpalah dengan vet dan mereka akan lakukan beberapa ujian dan kajian terhadap perbuatan dan air kencing kucing jantan tersebut.  Mendapatkan rawatan terhadap jangkitan ini seharusnya berupaya menghentikan kucing jantan spraying.







Tidak ada komentar:

Posting Komentar